Sabtu, 11 Disember 2010

wanita gemuk.......

Terri Smith dianggap wanita paling gemuk di dunia dengan berat badan 317.5 kilogram, Terri perlu dibantu untuk bergerak di atas katil besar di rumahnya. Menetap di Cleveland, Ohio, Terri hanya terkapar di atas katil dan tidak mampu bergerak sedikit pun jika tidak dibantu sesiapa sejak tiga tahun lalu. Kini, Terri menghadapi masalah lain - sakit kepala yang melampau. Bagi mengetahui punca kesakitan itu, doktor perlu melakukan imbasan MRI dan di situlah masalah Terri bertambah.

Disebabkan saiz badannya terlalu besar, dia bukan saja tidak muat untuk dimasukkan ke mesin pengimbas berkenaan, malah dijangka gagal melepasi pintu hospital. Sekali gus doktor tidak dapat mengetahui adakah kesakitan dialami Terri di kepalanya disebabkan ketumbuhan.

Di rumah, Terri terpaksa bergantung sepenuhnya kepada suami, Myron, 44, dan anak perempuan sulungnya, Najah, 30. Kata Terri, Myron bagaikan ‘malaikat’ yang setia menemani dan menjaganya tanpa banyak soal.
“Dia tetap setia di sisi melalui apa saja cabaran. Jika lelaki lain, pasti mereka akan meninggalkan saya lama dulu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan