1~Makkah
2~Madinah
3~Baitul Maqdis
4~Perkuburan orang muslim
5~Majlis kaum muslimin
Kata malaikat yang turun di Makkah,"ingatlah!Sesiapa yang meninggalkan kewajipannya terhadap Allah,sesungguhnya dia terlpas dari rahmat-Nya,"Kata malaikat yang turun di
Madinah,"Ingatlah!Sesiapa yang meninggalkan sunnah Rasulullah,dia akan terpas syafaat di hari akhirat kelak."
Kata malaikat yang turun di Baitul Maqdis,'Ingatlah! Sesiapa yang memakan harta yang haram,sesungguhnya segala amalan yang dikerjakannya tidak akan diterima."Kata malaikat yang turun di Perkuburan orang islam,'Wahai ahli kubur!Apakah yang kamu inginkan dan apakah yang kamu sesalkan?'Jawab ahli kubur.Kami menyesal kerana tidak dapat menambahkan amalan kami.
Sesungguhnya kami telah mensia-siakan umur kami sewaktu di dunia dahulu.Kami merasa sungguh iri hati dengan orang yang tekun mengerjakan sembahyang berjemaah,membaca Al-Quran,selawat dan istighfar,sedang kami tidak boleh berbuat demikian.
Kata malaikat yang turun di Majlis orang muslim,Wahai orang yang beriman!Bertenanglah kamu semua,sesungguhnya Allah yang memberi balasan.
Sesiapa yang takut atas hukuman Allah,maka hendaklah dia segera memperbaiki dirinya dan bertaubat di atas segala dosa-dosanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan