Sabtu, 11 Disember 2010

legakan sakit sendi.....

Arthritis didefinisikan sebagai radang pada satu atau lebih sendi dan gejalanya termasuk kemerahan, bengkak, keempukan, kekakuan, rasa sakit-sakit dan kepanasan di kawasan terbabit. Ada lebih 100 jenis arthritis termasuk osteoarthritis, arthritis reumatoid, ankylosing spondylitis, lupus dan penyakit gout.

Glukosamin dan kondroitin adalah dua sebatian nutrisi penting yang digunakan untuk rawatan osteoarthritis. Glukosamin ialah sejenis sebatian semula jadi yang didapati dalam rawan sihat. Glukosamin juga unsur biasa glycsoaminoglycans dalam matriks rawan dan cecair sinovial. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan. Kondroitin adalah unsur glycsoaminoglycans paling banyak dalam rawan dan ia bertanggungjawab memberi kebingkasan kepada rawan. Ia bertindak sebagai ‘magnet air’. Keupayaan kondroitin memegang air memberi ketegasan kepada rawan dan bertindak sebagai ‘penyerap hentakan’.

Mengambil suplemen glukosamin dan kondroitin membantu melegakan sakit sendi, membina semula rawan, meningkatkan keanjalan, melincirkan sendi, menggalakkan tisu sambungan yang sihat dan mengurangkan kekakuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan