POLAN
No.7,Jalan Lumpit 15,
Taman Teratai,
81110 Johor Bahru,
Johor.
Kepada,
KLINIK NORILA
No.56, Jalan Meranti 2,
Taman Sri Pulai,
81110 Johor Bahru,
Johor. 28 MEI 2007.
Tuan,
PER : NOTIS PERLETAKKAN JAWATAN 24 JAM
Saya Polan No.K/p: xxxxxx-xx-xxxx ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya ingin meletakkan jawatan sebagai Pembantu Klinik berkuatkuasa pada 28 MEI 2007.
2. Ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang lain dan perlu melaporkan diri pada hari tersebut. Oleh itu, saya memberikan notis 24 jam ini untuk makluman pihak tuan.
3. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk bekerja dan menimba pengetahuan serta pengalaman dalam syarikat ini. Sekian untuk makluman pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_____________________
(POLAN)
NO.K/P: XXXXXX-XX-XXXX
Tiada ulasan:
Catat Ulasan