Khamis, 28 Oktober 2010

yg ni lak care2 nk wat blueberry cheesecake ye...bkn blueberry yg tepon tu....klo nk wat blueberry yg tepon tu smpai cicit yg ke 4000 pon xsiap2 lg...uhuhuhuhuhu

Bahan - Bahan ( untuk crust)
2 1/2 cawan shortbread cookie crumbs 
1 sudu besar  gula
2 1/2 sudu besae unsalted butter, dicairkan



Bahan - bahan ( untuk filling)
5 pakej (8oz.) Cream Cheese ( softened) 
2 cawan gula 
5 biji telur
1/4 sudu teh almond extract 
1/2 sudu teh pure vanilla extract 
3 cawan fresh blueberries
Gula halus untuk hiasan


Anda memerlukan : 11-inch springform pan

Cara - cara
1) Panaskan oven pada suhu 325°F (160°C). Sapukan mentega sedikit pada 11-inch springform pan dan tutup bahagian luar springform pan dengan  Cover aluminum foil, bahagian kilat di luar.

Untuk Crust: 

1)Dalam mangkuk saiz sederhana, kacau cookie crumbs, 1 sudu makan gula dan butter hingga sebati.
2) Tekankan campuran crust tadi ke bawah springform pan dan di bahagian tepi, tinggikan sedikit sebanyak 1/2 inch. Sejukkan sehingga digunakan nanti.

Untuk Filling: 

1) Dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese pada kelajuan tinggi sehingga lembut dan berkrim, 3 - 5 minit.
2) Perlahankan kelajuan dan sedikit demi sedikit masukkan 2 cawan gula dan teruskan pukul sebatian sehingga kembang selama 2 - 3 minit.
3) Masukkan telur, satu demi satu dan pukul lagi selama 2- 3 minit sehingga kembang dan sebati.
4) MAsukkan  almond dan vanilla extracts; kacau sebati.

5) Tuangkan filling ke dalam springformpan yang telah disediakan tadi dan ratakan.

6) Taburkan 1 cawan bluberry di atas dan masak dalam oven selama 1 jam  20 minit.
7) Letakkan cheesecake di luar uuntuk menyejuk pada suhu bilik selama 1 jam atau lebih.
8) Masukkan ke dalam peti sejuk untuk disejukkan selama sekurang- kurangnya 4 jam.

1 ulasan:

  1. (c)step 1 tu ye...nk bgtau nih,klo nk tau oven tu dh pns ke blm, letakkn tngan kiri kt lam oven tu...ulang suare ye...letak tngan kiri lam oven...itu utk memastikan yg oven tu benar2 dh pans...klo x xjd kek nih....

    BalasPadam