Khamis, 3 Mac 2011

surat kiriman rasmi....last

POLAN LAGI
No. 44 Jalan Lumpit 15,
Taman Teratai,
81110 Johor Bahru,
Johor.

26 September, 2008.

Pengarah Tanah dan Galian Johor
Pejabat Tanah dan Galian Johor.

Tuan,

MOHON PERLETAKAN JAWATAN DENGAN MEMENDEKKAN NOTIS DAN PELEPASAN DENGAN IZIN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N-17 KONTRAK.

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas,

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa saya telah ditawarkan jawatan Pembantu Am Pejabat Gred N-1 sebagaimana surat tawaran bil (3) SPAJ/PER/3277 bertarikh 9 April 2008. Saya telah ditempatkan dan diarah melaporkan diri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor mulai 16 Julai 2008 sebagaimana surat bil SUKJ.BPSM.41/9(161).

3.         Sehubungan dengan itu saya memohon untuk meletakkan jawatan dengan memendekkan notis dan pelepasan dengan izin sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N-17 (KONTRAK) mulai 16 Julai 2008. Bersama-sama ini disertakan salinan surat tawaran dan surat penempatan untuk makluman tuan.

4.         Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh saya berkhidmat di jabatan ini.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,



(POLAN LAGI)   

surat kiriman rasmi....episod 2

POLAN
No.7,Jalan Lumpit 15,
Taman Teratai,
81110 Johor Bahru,
Johor.


Kepada,

KLINIK NORILA
No.56, Jalan Meranti 2,
Taman Sri Pulai,
81110 Johor Bahru, 
Johor.                                                          28 MEI 2007.

Tuan,
PER : NOTIS PERLETAKKAN JAWATAN 24 JAM
Saya Polan No.K/p:  xxxxxx-xx-xxxx  ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya ingin meletakkan jawatan sebagai Pembantu Klinik berkuatkuasa pada 28 MEI 2007.
2.         Ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang lain dan perlu melaporkan diri pada hari tersebut. Oleh itu, saya memberikan notis 24 jam ini untuk makluman pihak tuan.
3.         Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk bekerja dan menimba pengetahuan serta pengalaman dalam syarikat ini. Sekian untuk makluman pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_____________________
(POLAN)
NO.K/P: XXXXXX-XX-XXXX

surat kiriman rasmi....episod 1

POLAN JUGAK
No. 44, Jalan Lumpit 15,
Taman Teratai,
81110 Johor Bahru,
Johor.


Kepada,

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
Pejabat Tanah dan Galian Johor,
Aras 4 dan 5,
Bangunan Sultan Ibrahim,
Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru,
Johor.                                                              26 SEPTEMBER 2008.

Tuan,

Per : Notis Perletakan Jawatan.

Saya, yang bernama seperti di atas No.K/P XXXXXX-XX-XXXX ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya ingin meletakkan jawatan sebagai PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN (N-17)  berkuat kuasa pada 6 OKTOBER 2008.

2.         Ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan lain dalam agensi swasta dan dengan ini saya memberikan notis untuk makluman pihak tuan.

3.         Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah memberi peluang kepada saya untuk bekerja dan menimba pengalaman dalam jabatan ini. Saya bersedia untuk berkhidmat kembali di jabatan tuan sekiranya khidmat saya masih lagi diperlukan disini.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,



(POLAN JUGAK)
      NO.K/P : XXXXXX-XX-XXXX